top of page

Pendapatan Sedania meningkat50 peratus pada suku pertama 2025

Nov 26, 2024
2 min read



PETALING JAYA: Sedania Innovator Berhad (Sedania) mencatatkan pertumbuhan jumlah pendapatan 50 peratus tahun ke tahun kepada RM15.88 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2025 yang berakhir pada 30 September 2024.


Menurut kenyataan, pertumbuhan signifikan itu didorong oleh prestasi kukuh dalam segmen barangan pengguna laris (FMCG) lestari syarikat yang disokong oleh inisiatif strategik dalam pertumbuhan jenama.


"Pertumbuhan pendapatan utama ini menunjukkan kejayaan strategi transformasi FMCG yang sedang dilaksanakan oleh Sedania.


"Pelaburan berterusan kumpulan dalam pembinaan jenama dan penempatan pasaran adalah penting untuk membina asas yang kukuh bagi kesedaran jenama jangka panjang yang mampan.


"Kami yakin dapat mencapai keuntungan positif bagi keseluruhan tahun kewangan 2025," katanya.


Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Urusan Sedania, Datuk Azrin Mohd Noor berkata, pertumbuhan pendapatan kumpulan yang kukuh mencerminkan nilai strategik inisiatif transformasi mereka.


"Bersama dengan strategi berterusan yang telah kami laksanakan untuk pertumbuhan mantap segmen Teknologi Pengguna Lestari dan Tenaga Lestari, dan ia adalah pemacu utama ke arah visi kami mencapai pendapatan sembilan digit dalam beberapa tahun akan datang," katanya.


Dalam pada itu, Pengerusi baharu yang dilantik, Tun Md Raus Sharif berkata, satu penghormatan bagi beliau untuk berkhidmat sebagai Pengerusi baharu Sedania Innovator Berhad semasa tempoh transformasi ini.


"Komitmen teguh kumpulan untuk 'Memperbaiki Kehidupan Secara Lestari' dan pertumbuhan, berserta model perniagaan inovatif, meletakkan kami pada kedudukan kukuh untuk memberikan nilai jangka panjang kepada pemegang saham kami.


"Saya berbesar hati untuk bekerjasama dengan Lembaga dan Pengurusan untuk mengemudi Sedania untuk mencapai matlamat dan cita-citanya yang tinggi," katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-10 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Kumpulan.


Berdasarkan momentum kukuh daripada pertumbuhan pendapatan tahun ke tahun untuk suku ini, kumpulan itu akan terus meningkatkan pegangan pasaran dengan memanfaatkan peluang baharu di pasaran berpenduduk padat. - Utusan Malaysia

 
 
 

19 Comments


dimem
5 days ago

다양한 장점과 활용 방법을 상품권할인 쉽게 알려줘서 만족했습니다. 혜택을 활용하니 일상 속 여러 구매에서 절약 효과를 경험할 수 있었고, 편리함까지 더해져 더욱 유용하게 느껴졌습니다.


Like

dimem
Sep 24

체력이 많이 떨어져 힘든 상황이었는데 출장마사지를 받고 컨디션을 원활하게 회복했습니다. 늦은 시간에도 원하는 개인 공간으로 찾아와 친절하게 케어를 제공해 주셔서 큰 위로가 되었습니다.

Like

tomi3e6e
Sep 03

El artículo presenta información clara, interesante y fácil de comprender, algo que siempre ayuda a los lectores. La loteria nacional también despierta interés en muchas personas y puede complementar diferentes temas de actualidad. Gracias por compartir contenido tan útil, sencillo y agradable.

Like

dimem
Aug 22

집이라는 편안한 공간에서 받으니 효과가 두 배는 더 좋은 것 같아요. 피로가 누적된 분들이나 시간 여유가 없는 직장인분들에게 적극 추천해 드리고 싶습니다. 요즘 야근이 많아 몸이 천근만근이었는데 평택출장마사지 덕분에 제대로 힐링했습니다.

Like

dimem
Aug 06

이용 과정이 간단하고 업무 설명이 명확해서 부담 없이 시작할 수유흥알바  관련 후기도 많아 참고하기 좋았고 실제 근무 환경도 설명과 비슷해 만족스러운 경험이었습니다.

Like
bottom of page